Monday, November 28, 2016

EL-DI-AR

L-D-R . Long-Distance-Relationship . Mehhh ~ Cliche punya tajuk . Kah ! But, yeah . That is something I want to share with all (siapa yang baca lah, taknak baca sudah, boleh klik pangkah kat tab ni) . Hahahaha .

You see, having a long distance relationship ni bukan senang . Seriously, tak, tak senang . How to describe eh, hmmm . Okay analogi mudah . LDR ni kan, macam kau beli barang online tau, but you only know how it looks, and pay for it and believe that one day that barang yang kau beli tu sampai dengan possibility for that barang takkan sampai kat kau . Nampak tak ? Sama . Kau sayang someone, yang kau just boleh tengok dalam gambar, terus menerus labur masa kau, untuk dia and still ada possibility untuk realationship kau tu gagal anytime .

Logically, how can you love someone, who actually takde depan mata kau ? Someone may ask . Especially yang tak pernah percaya this kind of relationship . People believe that, realtionship ni is something yang kau kena jumpa selalu, makan sama sama, bergurau gelak berdua sekali . But, the truth is not .

Having a LDR is though, yang mana kau takleh nak nampak dia hari hari, jumpa, spend time sama sama selalu . Maybe if you're study at same place or campus, kau boleh nak buat semua tu . But, somehow, tengok orang gi date pun jealous . Keep wondering what they're doing bila diorang takde depan mata . Kalau boleh, dengan siapa, buat apa, gi mana semua kau nak tahu . Hahaha . That's how it is . Sampaikan dengan anjing yang depan rumah dia yang selalu nampak dia pun kau nak jealous sebab anjing tu pun boleh tengok dia hari hari . Kau ? Duduk belek belek barang barang, surat-surat or gambar-gambar dia je .

Atas ni just intro je, apa yang aku nak share sebenarnya maybe some tips yang boleh tolong for anyone yang dalam this kind of relationship . Okay, feel free untuk baca, tak paksa .

1. Be rational not emotional
Okay this is the most important . You see, there will be time yang mana dia busy, tak sempat nak layan kau, reply mesej kau even dah online, ter blue tick kan kau kat whatsapp maybe . The thing is, jangan nak marah, melenting or merajuk dulu . Try hadam dia busy, "dia tak kemana pun buat kerja je /. Tak layan orang lain pun . Jangan risau" . Have those kind of way of thinking . Jangan bawa emosi, even sometimes pun memang akan terlepas but cuba fikir balik, kau tu jauh, bukan dekat dekat, susahlah nak pujuk . Dah lah rindu, nak gaduh lagi . Apa pun tak dapat nanti . So, be just a little bit patient and considerable .

2. Have time for them
Tak mintak banyak pun, maybe dapat good morning call maybe ? Then goodnight text ? Cukup kot . If there is chance for you to meet, just have it . Not compulsory selalu . Maybe once a month ke ? By the way, for your information, bila korang jarang jumpa, whenever you get to have those time, you'll be appriciate that time more . Seriously tak tipu . Even kau gaduh macam mana pun, kalau jumpa, alahai sejuk hati dah . Rasa baru je semalam kenal . Hahahaha . Okay ? So, have time for them

3. A little bit informative
Ni kalau boleh lah, bagitahu nak pergi mana, maybe the big event of the day, macam gi kelas ke or nak buat kerja ke atau nak gi sana sini ke . This will be helping sebab yelahh, kau jauh kan, bukan nampak dia buat apa, so at least kau tahu dia kemana, buat apa and kau pun tak risau and then relationship korang pun aman dan damai . Hahahahaha . Cukup kot .

4. Have faith
Apa yang paling penting, pada aku lah kan untuk korang percaya yang semua ni akan berakhir seperti yang korang nak . Apa pun masalah yang sampai nanti, kau percaya, everything will pay off . Bukan sahaja percaya pada relationship korang, but percaya jugak pada satu sama lain . Buat diorang tu macam ada kat sekeliling, perhatikan kau buat apa, so that kau nak tegur orang lain pun kau takut . Hahahaha . Sampai tahap macam tu maybe .

All in all, aku bukan nak cakap aku hebat sangat soal relationship ni . It just that ini opinion aku . Your are free to choose, nak hadam boleh telan kalau rasa tak buang lah kat mana mana . Even long distance relationship ni susah but itu yang kau kena adapt maybe . Lama-lama okay . So, I wish all the best with anyone have this kind of realtionship . Harap this info boleh membantu .

Okayy daaaa !

Saturday, July 2, 2016

Laki kau

Huhuii !
Asslamualaikum ! Lama doh tak update blog bersawang habis dah . Haaa . Sebenarnya aku ada banyak je nak share, but takde masa lah . Busy kot . Yelah dah jadi student final year an . Busy je manjang . Hahahaha .

So, last time, I shared about things that man should know about woman . Jadi hari ni aku nak share lah jugak pasal lelaki, apa yang kau patut tahu . Hehehe . Tak adil bagi lelaki lelaki di muka bumi ini kalau aku just berpihak pada satu belah . Okay guys, takpe aku backup . #bloodbrotherselamanya *brofist*

1. Takpe, I kalah
Hahaha . Man born to be  a loser . Bila dengan perempuan yg dia sayang . See, macam mana bengis, garang, gangster pun laki tu, kalau dgn perempuan yg dia sayang, confirm cair . *geleng kepala* . Lemah betul kami ni . Macam sebelum ni aku cakap, lelaki ni selalu kena mengalah, salah ke tak salah ke tetap on the losing side . Tapi takpe, kami acah tabah, acah kuat . "I takpe I okay I okay" . Padahal hati koyak rabak dah . Bila dipujuk sikit terus okay . Hahahaha . Itu lah lelaki, satu satunya kelemahan, perempuan yang dia sayang . Jadi, perempuan ni aku share tips sikit, kalau nak apa apa, layan lah elok elok, cakap elok, usik gurau sikit dengan dia, once mood dia okay, cakap apa yg kau nak, insyaAllah akan dapat apa yang dihajati .

2. Game dan kami berpisah tiada
Bagai langit dan bumi, aur dan tebing, buku dan ruas . *ah bedal ah* . Lelaki dan game mereka memang tak boleh dipisahkan . Maaf kata, ada masa game lagi penting daripada kau . Hahaha . Fahami lah mereka, kalau time dia main game, biarlah . Diorang main game je, diorang tak layan perempuan lain pun, kalau layan perempuan lain pun confirm dia reply sebab takut kantoi . Hahahaha . Sometimes, bagi ruang kat lelaki tu, sebab itu je pelepas stress diorang . Opss . Perempuan jangan fikir "dah aku ni apa ? takleh jadi pelepas stress dia ?" . Jangan ada mindset gituu . Jangan samakan, awak tu penenang, pelengkap jiwa dia but game dia tu just utk fun je lepaskan stress dia . Beza, awak lagi penting . But kalau dah 5-6 jam still main lagi, kau ketuk je kepala laki kau tu . Suruh dia kahwin dgn game dia tuu . Hahaha . Bear in mind, kalau ada lelaki sanggup tinggal game dia utk kau that means kau penting gila bagi dia . Kalau jumpa satu, jangan tinggal laki tu

3. Diam lelaki berisi
Pernah nampak tak, bila keluar laki kau banyak diam, tak bercakap . See, perempuan jangan salah faham, diorang ni bukan tak nak layan kau, kau silap besar kalau fikir macam tu . Diorang diam sebab ada yang mereka fikirkan . Sebab lelaki fikir sesuatu banyak kali before buat, so they tend to take more time . Maybe pasal life dia, pasal family dia ke ? Mungkin . Bila mereka lebih banyak diam daripada bercakap, itu maknanya diorang ada masalah . Try approach mereka masa ni, sebab awak orang yg paling dia perlukan masa masa macam tu . Cuba je lah mana tahu dia nak cerita, but biasanya kalau hal kecik diorang tak cerita pun, sebab diorang rasa tak penting .  Lain macam perempuan, kalau dah cerita satu berkait dengan cerita yg lain sebab tu tak habis . Kan ? Hehehe .

Perempuan di luar sana, aku harap korang jangan sekali pun banding banding kan lelaki yg kau sayang dengan orang lain . Mereka tak suka . Of course tak sama, takkan sama . Jangan cakap laki semua sama, tak guna . Ayah kau pun lelaki, tak guna jugak ? Dalam tak guna masih ada lagi yang berguna utk kau . Jangan ambil kesempatan atas segala kelemahan lelaki pada kau . Layan dia macam mana dia layan kau . Dalam diam, banyak dia dah korban utk kau, especially masa, kawan kawan dia and banyak lagi .

Okay . Aku rasa tu je kot . Aku just nak pesan kat perempuan luar sana, Aku rasa kau patut appreciate more lelaki lelaki dalam hidup kau, abang, ayah, adik, boyfriend, suami maybe ? Jangan banyak merungut cakap itu ini tak kena, mintak ni mintak tu . Pastu nak merajuk tak tentu pasal sebab dalam diam diorang ni lah orang orang yg paling care pasal kau . Yang ada dengan kau time kau sakit, kau susah, kau sedih, kau merajuk dia pujuk, kau craving itu ini dia yang teman . Jangan sesekali cakap "kau takde dengan aku bila aku susah" even kau gaduh macam mana pun . Diorang tetap ada je dengan kau .

Okayy guys aku dah bayar hutang korang . Tak perlu berterimakasih . Hahahaha . So, last word, treat your man well or else they'll gone forever .

Chow ! Tidur ahh . Hahahahaha .

Assalamualaikum .